Monday, January 3, 2011

CINTA











Secara terperinci, cinta menurut kaca mata Islam terbahagi kepada tiga tahap :
1.Cinta Agung
Cinta KEPADA ALLAH, RASUL DAN ISLAM serta berjihad membuktikannya.
2.Cinta pertengahan
Cintakan sesama manusia – ibu bapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai.
3.Cinta bawahan
Menyintai sesuatu melebihi cinta kepada ALLAH, RASUL DAN ISLAM.
Berpandukan ini, saya kira tiada salahnya bercinta apalagi jika bercinta itu menambah keimanan kita terhadap Allah. Tidak usah lihat negatifnya sahaja sebab setiap sesuatu itu asalnya baik tetapi akan menjadi buruk kalau dilihat dari perspektif yang buruk serta dipraktikkan secara buruk.
Ditanya tentang cinta kepada Syaikh Atiyyah Saqr, beliau menjawab, “kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi yang kotor, ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak serta diiringi dengan cinta yang diredhai Allah”
Seterusnya, saya ingin mengatakan, cinta boleh dipupuk sebelum satu-satu perkahwinan asalkan dalam suluhan agama. Bahkan cintalah asas pembentukan sesebuah rumahtangga yang harmoni,penuh persefahaman,berkasih sayang dan sebagainya.Bayangkan sebuah rumahtangga yang dibina atas dasar paksaan,bagaimanakah perlakuan orang yang menghuninya? Tentulah penuh dengan prasangaka,porak peranda serta pertelingkahan. Berbanding dengan rumahtangga yang dibina atas dasar persefahaman,kecintaan dan kasih sayang,sudah tentu membuahkan pahala untuk dinikmati bersama di akhirat kelak.
Cinta yang ditentang oleh Islam ialah yang dicemari dengan maksiat serta berteraskan nafsu, sebaliknya mereka yang memupuk cinta dengan berpegang pada ajaran agama tidaklah menjadi kesalahan.
Untuk mengetahui pandangan-pandangan Islam seterusnya dalam soal ini,silalah rujuk kitab’Islam wal Hubb’(Islam dan cinta) oleh Sheikh Prof Abdullah Nasih Ulwan,’Islam wa Musykilatul Hayah’(Islam dan Permasalahan Hidup) oleh Sheikh Atiyyah Saqr dan ‘Raudhah al Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin’(Taman Orang-orang bercinta dan kerinduan)oleh Ibn Qayyim al-Jauziah.

Sekadar untuk renungan bersama. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...