Friday, January 21, 2011

Tak puas hati ke?

Assalamualaikum, hye.

Hot x tajuk ni.hehe.Saje wat panas petang-petang ni. Tadi baru abeh stdy sket2 utk kuiz ode next week (kunun2) :)Emm, sebenarnya nak sangat bersihkan hati xmau ingat benda-benda yang menyakitkan hati tapi kadang-kadang benda macam tu terlintas. Sedih bila ada orang macam tak puas hati dengan kita. Tapi ini semua soal hati. Dengan setiap kelakuan kita itu bagi aku, menggambarkan macammana hati orang itu. Baik? buruk?busuk?wangi?. Emm, tapi tak apa lah, hati masing-masing. :)

Dan ini ialah ubat paling mujarab untuk hati. ZIKIR.


ZIKIR mempunyai kedudukan sangat istimewa kerana ibadah ini digalakkan Islam sebagai satu bentuk amal ibadah yang menunjukkan sifat tunduk serta patuh sepenuhnya kepada Allah, disertai pula rasa kasih, reda dan yakin kepada-Nya.

Mukmin yang sentiasa mengamalkan zikir akan dapat merasai kesannya seperti ketenangan jiwa. Firman Allah yang bermaksud:

(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia. (Surah Ar-Rad, ayat 28)

Dalam kehidupan, kita sering berdepan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa. Justeru, dengan sentiasa mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia. Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah adalah hakikat dalalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman.


Meh kita sama-sama amalkan untuk memiliki hati yang lebih 'cantek'. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...