Saturday, February 19, 2011

Kenapa kena amik air sembahyang?

Assalamulaikum.

Cari kat google td.=)


Kelebihan air sembahyang

(moga menjadi pedoman)

"AIR SEMBAHYANG"

1. Ketika berkumur,

berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak
berfaedah.

2. Ketika membasuh muka,

berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan
muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan,

berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri,

berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala,

berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan
Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di
atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga,

berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan
lain-lain.

7. Ketika membasuh kaki kanan,

berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri,

berniatlah kamu dengan,

"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
tempat-tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.


Semoga sama2 kita dpt sedikit maklumat. Sgt bersyukur dilahirkan dalam agama Allah, Islam. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...