Wednesday, February 16, 2011

Tips penjagaan hati dan wajah.

Assalamualaikum.

Nak share skit tips::

Agar wajah selalu segar, berseri seri dan cantik, cucilah sebanyak 5 kali sehari dengan air wudhu’. Jangan terus dikeringkan, biarkan air wudhu’ itu menitis dan kering dengan sendirinya lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa…

Untuk menghilangkan ‘stress’, perbanyakkan ‘olahraga’ dalaman. Tidak perlu keluar dan ber’jogging’. Cukup sekadar memperbanyakkan solat. Disamping solat wajib, kita digalakkan supaya mengerjakan solat sunat kerana ketika solat, seluruh tubuh badan akan bergerak seolah olah kita menjalani aktiviti olahraga… Selepas selesai, berzikir dan berdoalah kepada Allah SWT agar kita dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa…

Untuk pelembab agar sentiasa kelihatan awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya dibibir sahaja tapi juga dihati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” yang bermaksud “Ya Allah, sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkan pula akhlakku”… – Doa Tengok Cermin.

Untuk memiliki bibir yang cantik, bisikkan kalimat kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur…

Agar tubuh langsing dan mulus, amalkan diet yang teratur seperti berpuasa seminggu 2 kali iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus jika amalkan puasa cara Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan yang halal, perbanyakkan sayuran, buah buahan dan air kosong.

Untuk mengembangkan diri sebarkanlah salam dan sapaan. Dengan demikian, kita akan dikenali dan disayangi orang ramai…

InsyaAllah, jom kita sama2 cuba. Tak rugi pon kan. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...