Wednesday, March 16, 2011

Menangis..


Buat Mata Yang Sedang Menangis..


Duhai mata yang sedang menangis...

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apa pun situasimu, air yang mngenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.r yang tak terhingga.Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

ADUH!

Sungguh hairan kumelihat orang yang melihat tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya lambang ketidakmatangan.Sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya,

"Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (surah al-Isra 17:109)

"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis."

(Surah Maryam 19:58)


Duhai mata yang sedang menangis...


Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semula jadiboleh membuangnya. Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula mnguasai jiwa. SubhanaAllah, hebat sungguh pencipa air mata!


Duhai mata yang sedang menangis...


Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketenangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan. Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam menegendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan risiko dan penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat. Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyakmenangis daripada lelaki.Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar- kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis 4 kali lebih banyak daripada lelaki. Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata dan daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.


Duhai mata yang sedang menangis...


Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok. Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t. kerana gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa, "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah." (Riwayat Ahmad al-Nasa'i)

Petikan dari Majalah Solusi "Jagalah hati"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...