Sunday, May 22, 2011

Akhirnyaa..!

Assalamualaikum.

YeaH! alhamdulillah,
akhirnya selesai juga aku baca buku 'Ya Allah aku jatuh cinta' tulisan Borhan Sodiq,
lelaki kelahiran Solo Indonesia.

Nak ceritakan sedikit sinopsis pasal buku ni.

"Mengelola cinta tanpa diselubungi dosa"

Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman pada hari kiamat kelak,
"Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan Ku?
Hari ini Ku naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain
naungan-Ku"
(Sahih Muslim)

Bab satu,
"Cinta, menyapa sesiapa saja"

Dalam bab ini menceritakan tentang cinta akan menyapa sesiapa saja.
Sesiapa saja akan jattuh cinta,
tak kira sebaik mana pun orang itu,
dia tetap memiliki rasa cinta. Sebab, cinta ialah fitrah.


Bab ini juga menceritakan tentang kesempurnaan yang Allah
ciptakan kepada manusia dan hati yang diberi fungsi untuk merasa.
Dan dengan keajaiban yang Allah ciptakan ini,
hati ini boleh membuat mata menangis dan bibir tersenyum.
Di hati inilah perasaan cinta itu hadir.
Dan dalam bab ini juga menceritakan tentang orang yang paling
Rasulullah S.A.W cintai iaitu Aishah.

Bab dua
"Jatuh cinta pada berlainan jantina"

Dalam bab ini menceritakan tentang jenis2 cinta yang selalu
dialami oleh manusia. Yang kebanyakkannya didorong oleh hawa nafsu.
Dan bagaimana Islam memandang cinta ini. Dan bolehkah jatuh cinta.

Rasulullah pernah mengingatkan,

"Barangsiapa yang bercinta lalu mapu menahan diri dari perbuatan
yang dilarang, serta dapat menyembunyikan perasaannya,
kemudian dia mati, maka ia mati syahid"

Bab Tiga
"Dari mana datangnya cinta?"

Cinta adalah teramat indah. Namun keindahan bukan percuma.
Perlu pengorbanan bukan mudah.

Dalam Islam tidak dikenali istilah percintaan.
Namun Islam menyediakan sebuah proses perkenalan menuju
pernikahan melalui proses yang sering disebut taaruf.

Bab Empat
"Apakah saya telah jatuh cinta?"

Dalam bab ini pula meneritakan tanda2 jatuh cinta. Xperlu
ceritalah kan sebab semua orang tau contohnya macam berdebar2,
kalau nak tidur teringat2, suka termenung, rindu, ext.

Tapi semua ini perlukan kawalan.

Bab Lima
"Ya Allah Aku Jatuh Cinta"

Dalam bab ini menceritakan tentang seorang tua yang jatuh cinta dengan
seorang gadis. Dan cinta hadir melalui berbagai cara,
contohnya melalui internet.

"Berkahwin merupakan sunnah yang diagungkan oleh Allah S.W.T.
Di dalam Al Quran ada disebutkan perkahwinan sebagai Mistaqan Ghaliza
(perjanjian yang sangat berat).
Dan setiap jalan yang menuju Mistaqan Ghaliza dimuliakan
oleh Allah S.W.T.
Islam memberikan penghormatan yang suci kepada niat
dan ikhtiar untuk berkahwin"

Dalam bab ini juga ada menyatakan jika belum bersedia
lebih baik rasa itu dipendam.
Dan bila sudah bersedia teruskan dengan ikatan perkahwinan.

" Ada tiga golongan manusia yang Allah berhak menolong
mereka, iaitu seorang pejuang di jalan Allah. Seorang hamba
yang menebus dirinya supaya merdeka. Dan seorang
yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya "

(H.R. Ahmad, Nasa'I, Tirmizi)

Bab Enam
"Cinta saya Ditolak"

Dalam bab ini menceritakan keadaan sel2 otak
seorang wanita apbila putus cinta. Dan sikap yang perlu diambil
apabila keadaan ini terjadi.

Adalah suatu lumrah jika kita berasa kecewa dan sedih.
tetapi, kegagalan bukanlah akhir kepada segalanya,
tapi justeru adalah awalan kepada segala2nya

Kita hendaklah
1. Percaya kepada Qada' dan qadar

"Sesungguhnya salah seorang daripada kalian dikumpulkan
penciptaannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari
kemudian menjadi 'alaqah kemudian menjadi janin, lalu
Allah mengutus malaikat dan perintahkannya dengan
empat kata dan dikatakan padanya: 'tulislah amalnya,
rezekinya dan ajalnya."

2. Bersiap sedia untuk cinta dan bahagia

"menakjubkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya
urusannya seluruhnya baik dan tidaklah perkara itu
dimiliki oleh seseorang kecuali bagi seorang mukmin.
Jika mendapat nikmat dia bersyukur maka hal itu baik baginya,
dan jika menderita kesusahan dia bersabar maka hal itu
lebih baik baginya."

3. Bukan aib

4. Kita mungkin takkan bahagia

5. Cinta memerlukan waktu

6. Jadilah lebih realistik

7. Kekuatan ruhiyah
percaya pada diri,

"...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah,
melainkan kaum yang kafir."
(Yusuf:87)

8. Beri cinta kesempitan

" Jika melamar kepada kalian seseorang yang kalian reda
agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah ia, bila kalian
tidak melakukannya maka akan ada fitnah di muka bumi
dan kerosakan yang nyata"

(H.R. Tarmizi)

Bab Tujuh
"Sebuah pengajaran dari cinta yang kekal"

Ya Tuhanku, Kalau seseorang itu bukan
jodohku, tolong jauhkannya dariku dan gantikannya dengan yang lebih baik.
Dan jika dia memang jodohku maka supaya
didekatkan dengan caraMu dan aturanMu


YA ALLAH,

yang membalik-balikkan hati kami..

selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana

rasanya bercinta

namun ku berharap

bila cinta hadir menyapa ku

aku tidak kehilangan Engkau

YA ALLAH,

Selama ini aku hanya berharap

Semoga dapat mencintai

Orang yang memiliki cinta yang

luar biasa pada MU

YA ALLAH,

Selama ini aku juga berharap

Semoga akan mencintai

Oleh orang yang dapat mengarahkanku

Menuju keredhaanMu

pintaku YA ALLAH

Izinkan aku memiliki rasa ini

Hingga ia menjadi indah di dada kami

tanpa mengurangi rasa cinta kami..

Pada MU....


AMIN



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...