Wednesday, October 26, 2011

Jodoh,jodoh,jodoh..


Assalamualaikum,

Ini adalah sesi luahan perasaan di tengah malam buta. Ok. Malam ni kita akan bercakap soal jodoh. :)

Mungkin perkataan yang sesuai *risau*. Yelah, semakin di penghujung semester semakin banyak pulak kawan-kawan rapat yang berkahwin, bertunang dan bermacam lagi. 'boyfriend pon aku xda lagi' gerak hati aku kata macam tu jugak kadang-kadang. Kadang-kadang Allah memang sengaja mempertemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat pengajaran daripadanya. Dah tertulis di luh mahfuz siapa jodoh kita, tak perlu terlalu merisaukan pasal hal itu. Dan sentiasalah ingat Firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jelek" (Q. S. Al Isra 32)

Kadang-kadang risau tengok remaja sekarang yang menjadikan 'couple' ni satu trend. Kalau tak ada 'boyfriend' atau 'girlfriend' jadi serba tak kena. Mungkin takut orang cakap 'xlaku' kot. Mungkin, cuma satu tekaan.Tapi adik2 ku sayang, ingat 'first thing first'. Utamakan perkara yang perlu diutamakan. Percayalah tidak ada benda yang paling utama dalam hidup selain masa depan. Bukan keseronokan masa sekarang. Seronok ni hanya sekejap sangat. *sekian Tazkirah saya*

Fikirkan ibubapa, keluarga dan orang yang lebih selalu dengan kita dan pentingkan mereka sebelum orang lain. Hanya mereka yang akan bersama kita dimasa susah dan senang. Kita couple untuk apa? kahwin? tapi bila? kalau lambat lagi, tinggalkanlah sekejap dan kejarlah sesuatu yang lebih penting. Dan carilah seseorang yang sesuai pada masa yang sesuai. Mintalah dengan Allah kerana hanya Allah yang boleh memberi kita apa yang kita kehendaki.

Dan sentiasalah ingat dengan janji Allah :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


Jadinya, apa yang kita kena sediakan diri kita adalah peribadi kerana jodoh kita telah tertulis tetapi, akhlaknya bergantung kepada akhlak kita. Jom sama-sama kita usahakan yang terbaik untuk diri kita. Yang paling penting apa pun yang kita lakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. InsyaAllah.

P/s: Ini adalah pendapat saya melalui pengalaman yang sangat sedikit. semoga ianya menjadi peringatan untuk diri sendiri jugak. :)

"Experience Is The Best Teacher"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...