Thursday, October 27, 2011

ok,ok,ok. Tak Lambat lagi.

Assalamualaikum wbt.

Sekarang aku berada di atas keretapi. Sempat lagi update blog. :D

Sebenarnya tadi aku lambat dah nak ke stesen ketapi. Pada mulanya, aku ingat nak sampai sharp la pukul 8.15. (macam seolah-olah jalan tu hanya ada kereta abah ja.haha) Ok, di sini nak ceritakan sikit lah perjalanan yang mencabar dan mengayat hati.

Tiket train aku hari ini pukul 8.18 a.m. Kiranya kalau sebelum ni aku mesti sampai setengah jam lebih awal la. Dalam tiket pun tulis *Perlu berada di tempat bertolak setengah jam lebih awal*. Jarak rumah aku ke KTM tu kalau ikutkan dalam setengah jam. Tapi kalau abah aku bawak selalunya 15 minit dah sampai.

Tadi habis mandi pukul 7.30 am. Lepas tu, siap dalam pukul 7.40 a.m, bertolak pukul 7.45 a.m. Abah aku pergi ke setesyen minyak dulu, *maaf terpaksa gunakan bahasa buku untuk melatih penggunaan bahasa yang betul* =)

Ok, sambung, Dari stesyen minyak bergerak dalam pukul 7.55 a.m. Mula-mula abah bawa perlahan, relaks, bila dia tengok jam dah pukul 8, Allahuakbar, ditekannya minyak trus meter menunjukkan 110. Masa tu kereta banyak jugak la.

Hampir di setiap detik dekat jalan tu abah potong, setiap kali abah memotong, aku mengucap. Tapi pelahan lah sebab nanti kena balik kat batang hidung, "lambat! bangun lambat lagi!"




Aku senyum saja setiap kali abah memotong, padahal dalam hati, ashhaduallailahailallah.
Pastu sampai lah dekat traffic light, "fuh selamat rasa"bisik hati aku. Sekali dekat traffic light tu pun abah memotong jugak, sampai kereta berhenti dekat jalan yang bertentangan. Ya Allah, masa tu dalam hati, "ya Allah Kau panjangkan lah umur abah aku dan kami semua".

Selepas beberapa kali potongan dibuat, akhirnya sampai lah selekoh yang aku tunggu-tunggu, selekoh ke KTM! Alhamdulillah.... Masa tu jam menunjukkan 8.12 a.m.

Memang aku dah agak dah, dengan adanya abah aku, aku mesti sampai tepat pada masanya.hehe. Tapi dalam hati "Sumpah xmau bangun lambat lagi kalau nak ke KTM.."

Terima kasih ya Allah, Kau mudahkan perjalanan yang berliku tadi. Semoga selamat sampai ke destinasi, Tg Malim tercinta dan menyiapkan ASSIGNMENTS yang terlampau sarat itu.

p/s: Bersyukur Setiap kali terlepas dari saat-saat yang mencemaskan, dan berterima kasih dekat abah yang bersusah payah bawak laju-laju nak supaya aku tak lambat sampai. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...