Thursday, October 6, 2011

Siapakah Cikgu?

Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya tak update blog semenjak habis paraktikal. Tiba-tiba tergerak hati nak tulis tentang tajuk ni. Semester ni ambil subjek "Trends and issues in mathematics and sciences". Kenapalah tak ambil sebelum praktikal, sebab rasa tak puas hati pula praktikal tanpa apa-apa persediaan. Siapakah cikgu? kenapa orang selalu cakap jadi cikgu ni senang? *senang? statement yang sangat aku rasa tak sesuai*

ok, Sekarang aku nak cerita apa yang aku faham dan yang sebenarnya tugas guru ni. Sebenarnya tugas guru in sangatlah berat. Tugasnya adalah memastikan semua AMANAH yang telah menjadi tanggungjawabnya dilaksanakan.

AMANAH?

Sangat senang nak sebut, tapi tugasnya? sangat berat. Setiap apa yang kita sepatutnya buat, dan kita tinggalkan akan dipersoalkan. Dipersoalkan dimana? Di akhirat kelak.

Jadi anak-anak didik ku, janganlah kau marah kalau seorang guru menegur kesalahanmu kerana itu adalah TANGUNGJAWAB nya yang MESTI dilaksanakan. Demi apa? Demi kebaikanmu.

Allah s.w.t. berfirman " Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan"

Semoga sama-sama dapat memperbaiki diri ke arah kebaikan. InsyaAllah. Amin.

1 comment:

  1. you are my best sister in the world......:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...