Saturday, January 14, 2012

Dunia akan membeku tanpa 'cinta'


Assalamualaikum.
Selamat pagi, Nak berkongsi sesuatu tentang cinta. Hidup kita hari-hari penuh dengan cinta kan? jangan kerana kecewa dengan cinta manusia kita terus menerus menyalahkan orang lain yang asyik berkatakan tentang cinta. Sejak kita dilahirkan pon berdasarkan cinta, dicipta untuk mencintai sesama makhluk dan paling penting mencintai pencipta cinta. Aku tak dapat bayangkan sekiranya hidup aku ni tanpa cinta. Tapi apa yang membuatkan kita benci bila dengar pasal cinta? Bila manusia menyalahgunakan cinta untuk perkara berkaitan nafsu. Then, itu baru salah. Tapi cinta tak kan salah kalau kita meletakkan cinta selepas Allah, dan Rasul S.A.W. Even rasa cinta dengan ibu kita pun mestilah selepas Allah dan Rasul, begitu jugak kalau cinta dengan suami. (macam orang dah kahwin plak). Itu apa yang aku faham tentang cinta.

Rasulullah saw dalam satu hadithnya memberi panduan yang bermaksud:
"Tidaklah berimah seseorang diantara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimanan\ ia mencintai dirinya sendiri."

Tetapi apa yang kita perlu ingat,

Carilah cinta yang hakiki dan cinta kepada yang lain kerana Allah,janganlah kerana cinta,kita sanggup menggadaikan agama dan maruah kita.

Ingatlah kita akan dipersoal kerananya kelak.

Dan,memang benar dunia akan membeku jika tiadanya cinta..membeku dan terhenti dari perkara-perkara kebaikkan,keprihatinan dan kasih sayang.

Moga bermanfaat buat semua..insyaALLAH. Semoga kita semua saling ingat-mengingatkan.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...