Tuesday, July 31, 2012

4 wanita hebat yang dijanjikan syurga Allah.

Assalamualaikum.

Nak cerita sedikit cerita tentang 4 wanita yang dijanjikan Syurga seperti yang dalam sabda Rasulullah. Mereka ialah :


~ Khadijah binti Khwalid~

seorang wanita yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang terhormat dan mendapat didikan
akhlak yang mulia serta mempunyai sifat yang tegas. khadijah merupakan
orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa oleh
Nabi Muhammad saw tanpa banyak berdebat, bahkan khadijah tetap
membenarkan, menghibur dan membela Rasulullah saw.

Disaat semua orang mendusta dan memulaukan baginda,
Khadijah telah mengorbankan seluruh hidupnya, jiwa dan hartanya
untuk kepentingan dakwah pada jalan ALLAH.

Khadijah mendampingi Nabi Muhammad saw selama 26 tahun dan
merupakan isteri tunggal, tidak ada duanya, bercerai kerana
kematian. Sehingga pada tahun wafatnya khadijah disebut sebagai
"tahun Kesedihan".

Khadijah adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah
ketika wahyu pertama turun dari langit yang dibawa oleh Jibril.
Khadijah membela suaminya dengan harta dan dirinya demi menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburkan
dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kamumnya yang
masih engkar terhadap kebenaran agama Islam.

~ Fatimah Binti Muhammad ( Fatimah Az_Zahra)~

merupakan puteri Rasulullah yang sempurna sifatnya
dan kukuh agamanya. Isteri kepada ahli syurga iaitu Ali Bin Abi Talib.
Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya iman bersama
ayah dan suaminya tercinta.

Dia korbankan segala apa yang dimilikinya demi membantu menegakkan agama suami. Fatimah adalah wanita yang penyabar, taat
beragama, baik perangainya, cepat berasa puas dan selalu
bersyukur pada apa yang di miliknya. 

~ Maryam binti Imran~

Merupakan lambang wanita yang menjaga kehormatnan dirinya
dan taat beribadah kepada Rabbnya. Beliau rela mengorbankan
masa remajanya untuk bermunajat mendekatkan diri kepada ALLAH,
sehingga ALLAH memberinya hadiah istimewa seorang Nabi dari
rahimnya tanpa bapa.

Maryam Puteri Imran yang memelihara kehormatnannya sehingga
ALLAH tiupkan sebahagian dari roh ciptaannya dan dia membenarkan
kalimah kalimah tuhannya dan kitab-kitabnya dan dia adalah termasuk
orang-orang yang taat. 

~ Asiyah binti Muzahim~

Adalah isteri dari seorang penguasa yang zalim bernama Firaun.

Akibat dari keimanan Aisyah kepada kerasulan Nabi Musa as, maka
dia lebih rela menerima seksaan pedih dari suaminya.

Betapa besar pun kecintaan dan kepatuhannya pada suami,
ternyata dihatinya masih tersedia tempat tinggi yang dia isi dengan
cinta sepenuh pada ALLAH dan rasulnya.

Syurga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan
yang dia rasakan didunia akibat meninggalkan kemewahan hidup,
budaya dan tradisi leluhur yang menyimpang dari syariat ALLAH,
di telan begitu sahaja demi kesenangan abadi.

Akhirnya Aisyah meninggal dunia dalam keadaan tersenyum
meskipun dalam seksaan pengikut Firaun.

Semoga dapat menjadi sehebat mereka. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...