Saturday, October 19, 2013

pelajaran+pengajaran+pengalaman=priceless.

Assalamualaikum. Hai.

Lama sudah tidak meng"update" blog sejak berada di Sabah ni. Sejak 1hb 7 2013 aku telah di'postingkan' di Sabah. Dan Sabah memang adalah negeri yang sangat aku ingin pergi. Dan aku selalu berdoa untuk ke sini. Dan doaku dimakbulkan. Terima kasih Allah.

Tapi apabila kali pertama aku dihantar di sekolah ini aku dihantar bersama 3 lagi orang guru lelaki, ustaz syahrul, ustaz syukri dan ckg syahiran. Aku satu-satunya perempuan di sini. Pada mulanya aku tidak berseorangan, ditemani kak Sal, warden aspuri yang sangat baik, tetapi malangnya apabila jejak sahaja kaki ke rumah ini aku telah  di uji dengan perkara yang aku tak jangkakan, kucing!. Aku bukanlah peminat kucing malah tidak begitu suka. Apabila sampai sahaja ke sini lebih kurang 10 ekor kucing berada dalam rumah! yes, dan ini adalah juga rumah mereka. Mereka bole berada di mana-mana sesuka hati. huhu. Hanya Allah yang tahu perasaan setiap  kali berada di rumah. Sampai cirit birit sebab bulu-bulu nya dalam makanan. Tapi alhamdulillah selama 2 minggu kak Sal pindah, sedih ada lega ada. Sebab tidak ada lagi teman, berseorangan di negeri yang sangat asing.

Sekarang,setelah 3 bulan keseorngan dan menempuh beberapa kesukaran sebagai seorang guru, dan terutamanya warden, aku ingin membuat beberapa kesimpulan awal, hehe. Bukan juga kesimpulan tetapi pengajaran selama berada di sini dalam jangka masa yang agak pendek.

Suasana bekerja memang sangat lain dengan belajar. Kita berhadapan dengan orang-orang yang lebih berpengalaman, latar belakang yang berlainan dan dari budaya yang berlainan. Bertemu dengan orang yang lebih tua akan membuat kita rasa teruja untuk mendapat ilmu. Setiap sikap mereka aku jadikan pengajaran. Supaya aku tahu yang mana yang sepatutnya dan tidak sepatutnya. Aku masih tidak selesa, aku masih belajar untuk sesuaikan diri kerana aku masih belum yakin di sini. Tapi alhamdulillah ditemukan dengan orang yang sanggup bersusah payah walaupun aku sangat asing.Aku bukanlah seorang yang peramah walaupun kadang-kadang memaksa diri untuk jadi sedimikian. Aku masih berusaha.

Berusaha untuk sentiasa positif, berusaha untuk belajar dari setiap yang berlaku, belajar untuk menerima semua orang dengan bahagian yang positif sahaja. Belajar untuk jadi pendidik, belajar untuk menjadi warden yang berjasa walaupun dilupakan, belajar untuk menyumbang sesuatu.



 Gambar masa di Kota Kinabalu. Rasa bertuah berada di sini. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa mendengar doa-doa kita. Supaya setiap ujian dapat melonjakkan diri kita ke tingkat yang lebih atas! Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...