Wednesday, April 1, 2009

WANITA N RAMA2...

Lihatlah rama-rama... ciptaan tuhan yang unik dan cantik.


Apabila pandangan kita dihiasai rama-rama,kita akan menjadi suka dan ceria.


Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama.


Rama-rama akan mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga.


Seindah mana pun bunga, tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.


Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya.


Lihatlah apa yang melekat di jari anda.


Warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.


Kemudian lepaskan kembali,rama-rama tersebut akan terbang tetapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak akan tertarik padanya lagi.


Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawetkan.


Rama-rama ibarat wanita.


Indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.


Secara fizikalnya,memang tiada apa-apa yang kurang,tetapi harga diri dan maruah telah tercemar.


Begitulah rama-rama. Wanita bagaikan rama-rama yang terbang bebas membawa corak-corak indah.


Apabila corak itu telah pudar, ia tidak akan dipedulikan lagi.


Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.


Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya.


Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong.


Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu.


Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa yang mempedulikannya,tatkala bergelar ulat, dirinya lebih dibenci.


Betapa sukar baginya untuk bergelar rama-rama.


Dirinya terpaksa melalui beberapa kitaran dan evolusi bentuk.


Daripada sesuatu yang menjijikkan dan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.


Rama-rama ialah contoh terbaik kepada wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka.


Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenangkanlah kehidupan yang serba susah sebelum itu.


Sewaktu anda digoda, dihambat, dan dirayu, usah terlalu mudah menyerah.


Ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini.


Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda ialah lambang pengorbanan ibu bapa.


Usah menjadi rama-rama yang berada didalam bingkai gambar.


Hanya indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban.


Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.


Hak anda ialah untuk memelihara kehormatan dan maruah daripada tahap yang terbaik. Sekiranya anda tidak peduli kepada siapa maruah itu untuk diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.


Kalaulah rama-rama tahu dirinya cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah terbang ke sana dan kesini.


Setiap kali rama-rama mengibarkan sayapnya, dirinya sentiasa terdedah kepada bahaya. Namun, dia tidak pernah tahu bahawa dirinya indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia.


Jika anda tidak pernah tahu bahawa kewanitaan anda itu ialah sasaran terpenting sang penceroboh, anda diibaratkan sebagai rama-rama yang tidak sedar bahawa anda diintai oleh bahaya.


Mahalkan diri anda.


Semakin sukar anda dimiliki, semakin mahal nilai anda disisi lelaki.


Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.


Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang, diri anda akan dibiarkan.


Jadilah wanita yang anggun yang mempunyai nilai dan maruah diri.


Anda akan lebih dihormati….


Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup mencintai anda.


Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas.


Selama mana anda belum menemuinya,anggaplah diri anda masih berhak terbang dengan bebas bagaikan sang rama-rama…


Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam..


Jadilah wanita yang membanggakan semua orang…


InsyaAllah.Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...