Friday, January 20, 2012

Don't Judge A Book by Its Cover.

Assalamualaikum.

Sekarang tengah menghabiskan baca buku "Untukmu Wanita" ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Ada satu bahagian yang agak menarik kalau boleh nak kongsikan bersama semoga kita semua dapat manfaat dan semoga tidak menjadi kesalahan lah kalau nak berkongsi darinya sebab perkara ini selalu diperkatakan oleh wanita yang tidak bertudung, dan buat aku terpikir rasionalnya.



Dan alhamdulillah terjawab apabila baca bahagian 1 ni "Wanita, aurat, dan maruah". Jom Baca :

.......'

Don't Judge A Book by Its Cover.

Ungkapan ini kerap saya dengari, dan saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata daripada wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, berkhalwat dan macam-macam lagi," katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik. Kami tak kacau orang, tak mengumpat dan tak buat benda-benda tak elok," tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujah mereka? Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sudah semakin advance hujahnyalantas berhujah dengan sebuah hadis Nabi SAW yang sahih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalam kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujah dengan hadis untuk menyokong nafsunya. Islam hanya digunakan hanya digunakan hanya dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain game semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta bos masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata "Macamana kamu hendak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu?"

Lalu pekerja itu menjawab, "Saya luaran sahaja nampak main game tuan. Tapi hati saya ikhlas dan saya bekerja denga cemerlang!"

Adakah anda fikir majikan tersebut boleh menerima alasan pekerjanya itu? Adakah Allah SWT boleh menganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya?..............'


Seperti itulah perumpamaan yang ustaz bagi kepada mereka yang enggan mengikut perintah Allah. Sedangkan hakim pun akan menghukum berdasarkan maklumat zahir. Dan ustaz ada tulis "we can judge a book by its cover in certain cases iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu that cover reflecting what's inside the heart of a person. Untuk pembacaan lanjut boleh lah dapatkan buku "Untukmu wanita" ni. ( tolong promote pulak :) )

Sekadar perkongsian, Semoga dapat memberi manfaat.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...