Thursday, January 19, 2012

Nak selalu bercakap dengan Allah.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah habis 4 tahun belajar (actually 3 thn setengah). Sekarang duduk rumah dulu, nak habiskan baca semua buku yang dibeli, nak ambik lesen kereta sebelum nak apply dan hantar resume sana sini cari kerja.hehe. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. InsyaAllah.

Sebenarnya, bila duduk rumah memang macam suri rumah la, ini adalah rutin setiap hari:

6.30: Subuh
8-12 : kemas rumah, mandikan haikal, basuh baju, sidai baju, masak, bagi haikal makan.
12-5: lipat baju (sambil tengok cd korea,hihi)
5-7: aktiviti bebas
8-11: makan, masak, sembang2, bagi tuisyen kat adik2.
11-6.30: aktiviti bebas@tidoq

Ok, actually hari tu ada beli sesuatu yang ya Allah memang dah laaaaaama nak beli. Apa dia?


Ni la, Tafsir Al-Quran


Sebenarnya, dah lama tergerak nak beli, tapi xda rezeki, sampai la haritu p kedai buku dengan mak, sebab nak habiskan voucher buku haritu untuk beli buku kat adik2, dan last2 dapat jugak beli yang ni. Semoga dengan adanya ni dapat membantu aku untuk lebih faham lagi dengan apa yang dibaca hari-hari.

Seperti kata-kata seorang ulama' bernama al-Hakim: “ Jika kamu ingin Allah s.w.t ‘bercakap’ denganmu,bacalah al-Quran kerana al-Quran ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin bercakap’ dengan Allah s.w.t, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan,pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah s.w.t”.

Sebenarnya ini jugak untuk memudahkan aku untuk bawa kemana-mana, yela instead of reading books boleh jugak menambahkan ilmu aku yang sangat sedikit ni, supaya tidak diperbodohkan dan sedikit sebanyak sebagai persediaan untuk menjadi ibu dan paling penting sekali dapatlah sedikit pemahaman untuk nak didik adik2 ni kan.

Semoga Allah sentiasa memberi semangat dan kesedaran selalu untuk selalu mencari ilmu. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...