Sunday, February 19, 2012

Impian.


Assalamualaikum.

Ingin sekali jadi wanita yang lebih tegas, tegas dalam memelihara maruah diri, maruah keluarga, dan agama. Tegas untuk melahirkan generasi yang lebih berkualiti. Tiba-tiba lepas tengok berita tadi, terlintas dalam fikiran "kalaulah aku dapat lahirkan seorang anak yang dapat jadi cendiakawan Islam, seorang yang menjadi contoh kepada orang lain..." Tapi itu semua tak mustahil, dan ianya harus bermula dari diri aku. Ya, memang aku sekarang bukanlah seorang berilmu, dan masih banyak perkara yang aku jahil, tapi tak mustahil nanti, sekiranya aku bermula berusaha sekarang, berusaha untuk mencari ilmu, dan berusaha untuk lebih mengenali Sang Pencipta. Hanya satu yang aku sangat perlukan, KETEGASAN. Kerana ketiadaan itu, aku selalu tersungkur. Aku perlu lebih tegas. Kurniakanlah ketegasan dalam diri aku ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...