Saturday, February 18, 2012

Sebenarnya..tiada sebab untuk saya menangis.


Assalamualaikum.

Sebenarnya..saya banyak menangis kerana dunia,

Sebenarnya..saya selalu lupa Allah selalu ada,

Sebenarnya..saya lagi banyak menangis mengenangkan dosa saya,

Sebenarnya..saya selalu lupa setiap kegembiraan yang datang itu dari Allah,

Dan sebenarnya..ujian dan dugaan itu juga adalah hadiah dari Allah juga,

Sebenarnya..ujian itu adalah kerana Dia sayangkan hambaNya,

Sebenarnya..gembira dan dukanya saya sepatutnya hanya kerana Allah,

Sebenarnya..hanya Allah semata-mata yang layak saya bergantung harap,

Sebenarnya..hanya Allah, bukan manusia,

Sebenarnya..Hidup matiku hanya untuk Allah,

Dan sebenarnya..tiada sebab untuk saya menangis kecuali kerana mengenangkan Allah kerana hanya Allah yang benar-benar dekat dengan saya,

Sebenarnya..saya juga selalu lupa Allah selalu buka pintu taubat pada malam hari untuk hambanya yang membuat kesilapan di siang hari dan buka pintu taubat pada siang hari untuk hambanya yang membuat kesilapan di malam hari,

Sebenarnya..saya lupa saya telah sia-siakan airmata ini di tempat yang tidak sepatutnya,

Maafkan aku ya Allah, selalu buat kesilapan. :'(





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...