Saturday, April 20, 2013

KAHWIN!

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak update, hari ini aku update juga. Ada sesuatu dalam hati yang ingin sekali di kongsikan. Yup, kahwin.

Kenapa semua orang teringin kahwin? Ya, ianya FITRAH. Allah telah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan. Seperti firman Allah



Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan. ( Az-Zaariyaat : 49)

Tetapi, sejauh mana kita letakkan fitrah itu? Apakah niat asas yang diperlukan untuk berkahwin?


Adakah semata-mata untuk menurut hawa nafsu?


Adakah semata-mata untuk mengelakkan zina?


Adakah semata-mata untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan?


Ya, itu adalah antara faktor. Tetapi adakah itu yang UTAMA?



Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah Ar-Ruum 21)


Ini adalah tanda kekuasaan Allah. Jadi adakah Allah halalkan perkara ini hanya untuk tujuan di atas semata-mata?
 Sudah semestinya, tidak.

Tujuan perkahwinan mestilah kerana ingin menambahkan AMAL kepada Allah. Ya, BERIBADAH!

Jadi apa bekalan ke arah itu? mencari calon yang sesuai? yang soleh? seperti yang selalu diangan-angankan?
Adakah cukup dengan usaha itu. Jika mahu yang si soleh jadilah si solehah, Begitu jugak kaum adam. Jika kamu mahu si solehah, jadi lah soleh untuknya jugak.



Buang angan-angan, buang mimpi-mimpi yang menyatakan perkahwinan adalah sesuatu yang hanya untuk keseronokan, tapi tanamkan di dada untuk mengimpikan rumah tangga seperti rumah tangga Rasulullah S.A.W.
Tetapi apakah yang perlu ada untuk menjadi mendapat rumah tangga seperti itu? ya, ILMU. Dan ilmu yang paling bermanfaat apabila ilmu itu mendekatkan kita dengan Al Khaliq. Pencipta kita.
In shaa Allah.

Dan juga pesan kepada diri sendiri, Jangan lembikkan diri dengan asyik memikirkan perkara kahwin sehingga lupa tentang banyak lagi "tugas" sebagai Khalifah Allah. Setiap kita adalah khalifah Allah. Jum sibukkan juga diri untuk mencari ilmu.

Dan..

Berubahlah kerana Allah..

Semoga bertemu dengan seseorang yang kita impikan selama ini. Jika bukan di dunia, di akhirat nanti masih ada. Kerana Janji Allah itu pasti. :)


Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...