Saturday, May 11, 2013

Ala, ko bukan baik sangat pon, belakon!

Assalamualaikum.



Fitrah manusia adalah kepada kebaikan. Bahkan memang manusia diciptakan untuk beribadah. Semua orang inginkan kepada kebaikan. Tetapi ia bergantung sejauh mana seseorang itu nak realisasikan apa yang dia mahukan. Di sini, saya terdetik untuk menyeru kepada semua, untuk tidak memperlekehkan kebaikan seseorang. Apabila seseorang itu telah berubah kepada yang lebih baik, itu bukan bermaksud dia ingin menjauhkan diri daripada sesiapa. Itu adalah hidayah, hadiah dari Allah kepadanya. Kalau pun kita belum sedia untuk itu, sekurang-kurangnya diam diri adalah lebih baik untuk menjaga hubungan. Kerana apabila kita memperlekehkan kebaikan seseorang, ia menunjukkan seolah-olah kita memang sangat membenci kepada kebaikan itu sendiri.

Ingatlah, setiap kali solat kita akan berikrar اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam"

Nabi S.A.W bersabda maksudnya :

"Sesungguhnya, orang yang PALING BERJAYA ialah orang yang pada hari ini lebih baik dari semalam.

Orang yang GAGAL ialah orang yang pada hari ini lebih teruk dari semalam.

Manakala orang yang TERPEDAYA ialah orang yang pada hari ini sama dengan hari semalam"

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)


Ya Allah, istiqamahkan aku pada jalanMu.Kerana aku tak ingin kembali  seperti dahulu. Ia langsung tidak menenangkan, ia sebenarnya suatu kezaliman kepada diriku sendiri. Berilah hidayahMu kepada semua orang disekelilingku agar mereka tahu nikmatnya apabila berada dalam zon cintaMu. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...