Saturday, October 19, 2013

pelajaran+pengajaran+pengalaman=priceless.

Assalamualaikum. Hai.

Lama sudah tidak meng"update" blog sejak berada di Sabah ni. Sejak 1hb 7 2013 aku telah di'postingkan' di Sabah. Dan Sabah memang adalah negeri yang sangat aku ingin pergi. Dan aku selalu berdoa untuk ke sini. Dan doaku dimakbulkan. Terima kasih Allah.

Tapi apabila kali pertama aku dihantar di sekolah ini aku dihantar bersama 3 lagi orang guru lelaki, ustaz syahrul, ustaz syukri dan ckg syahiran. Aku satu-satunya perempuan di sini. Pada mulanya aku tidak berseorangan, ditemani kak Sal, warden aspuri yang sangat baik, tetapi malangnya apabila jejak sahaja kaki ke rumah ini aku telah  di uji dengan perkara yang aku tak jangkakan, kucing!. Aku bukanlah peminat kucing malah tidak begitu suka. Apabila sampai sahaja ke sini lebih kurang 10 ekor kucing berada dalam rumah! yes, dan ini adalah juga rumah mereka. Mereka bole berada di mana-mana sesuka hati. huhu. Hanya Allah yang tahu perasaan setiap  kali berada di rumah. Sampai cirit birit sebab bulu-bulu nya dalam makanan. Tapi alhamdulillah selama 2 minggu kak Sal pindah, sedih ada lega ada. Sebab tidak ada lagi teman, berseorangan di negeri yang sangat asing.

Sekarang,setelah 3 bulan keseorngan dan menempuh beberapa kesukaran sebagai seorang guru, dan terutamanya warden, aku ingin membuat beberapa kesimpulan awal, hehe. Bukan juga kesimpulan tetapi pengajaran selama berada di sini dalam jangka masa yang agak pendek.

Suasana bekerja memang sangat lain dengan belajar. Kita berhadapan dengan orang-orang yang lebih berpengalaman, latar belakang yang berlainan dan dari budaya yang berlainan. Bertemu dengan orang yang lebih tua akan membuat kita rasa teruja untuk mendapat ilmu. Setiap sikap mereka aku jadikan pengajaran. Supaya aku tahu yang mana yang sepatutnya dan tidak sepatutnya. Aku masih tidak selesa, aku masih belajar untuk sesuaikan diri kerana aku masih belum yakin di sini. Tapi alhamdulillah ditemukan dengan orang yang sanggup bersusah payah walaupun aku sangat asing.Aku bukanlah seorang yang peramah walaupun kadang-kadang memaksa diri untuk jadi sedimikian. Aku masih berusaha.

Berusaha untuk sentiasa positif, berusaha untuk belajar dari setiap yang berlaku, belajar untuk menerima semua orang dengan bahagian yang positif sahaja. Belajar untuk jadi pendidik, belajar untuk menjadi warden yang berjasa walaupun dilupakan, belajar untuk menyumbang sesuatu.



 Gambar masa di Kota Kinabalu. Rasa bertuah berada di sini. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa mendengar doa-doa kita. Supaya setiap ujian dapat melonjakkan diri kita ke tingkat yang lebih atas! Amin.

Saturday, May 11, 2013

Ala, ko bukan baik sangat pon, belakon!

Assalamualaikum.



Fitrah manusia adalah kepada kebaikan. Bahkan memang manusia diciptakan untuk beribadah. Semua orang inginkan kepada kebaikan. Tetapi ia bergantung sejauh mana seseorang itu nak realisasikan apa yang dia mahukan. Di sini, saya terdetik untuk menyeru kepada semua, untuk tidak memperlekehkan kebaikan seseorang. Apabila seseorang itu telah berubah kepada yang lebih baik, itu bukan bermaksud dia ingin menjauhkan diri daripada sesiapa. Itu adalah hidayah, hadiah dari Allah kepadanya. Kalau pun kita belum sedia untuk itu, sekurang-kurangnya diam diri adalah lebih baik untuk menjaga hubungan. Kerana apabila kita memperlekehkan kebaikan seseorang, ia menunjukkan seolah-olah kita memang sangat membenci kepada kebaikan itu sendiri.

Ingatlah, setiap kali solat kita akan berikrar اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam"

Nabi S.A.W bersabda maksudnya :

"Sesungguhnya, orang yang PALING BERJAYA ialah orang yang pada hari ini lebih baik dari semalam.

Orang yang GAGAL ialah orang yang pada hari ini lebih teruk dari semalam.

Manakala orang yang TERPEDAYA ialah orang yang pada hari ini sama dengan hari semalam"

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)


Ya Allah, istiqamahkan aku pada jalanMu.Kerana aku tak ingin kembali  seperti dahulu. Ia langsung tidak menenangkan, ia sebenarnya suatu kezaliman kepada diriku sendiri. Berilah hidayahMu kepada semua orang disekelilingku agar mereka tahu nikmatnya apabila berada dalam zon cintaMu. Amin.

Saturday, April 20, 2013

KAHWIN!

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak update, hari ini aku update juga. Ada sesuatu dalam hati yang ingin sekali di kongsikan. Yup, kahwin.

Kenapa semua orang teringin kahwin? Ya, ianya FITRAH. Allah telah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan. Seperti firman Allah



Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan. ( Az-Zaariyaat : 49)

Tetapi, sejauh mana kita letakkan fitrah itu? Apakah niat asas yang diperlukan untuk berkahwin?


Adakah semata-mata untuk menurut hawa nafsu?


Adakah semata-mata untuk mengelakkan zina?


Adakah semata-mata untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan?


Ya, itu adalah antara faktor. Tetapi adakah itu yang UTAMA?



Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah Ar-Ruum 21)


Ini adalah tanda kekuasaan Allah. Jadi adakah Allah halalkan perkara ini hanya untuk tujuan di atas semata-mata?
 Sudah semestinya, tidak.

Tujuan perkahwinan mestilah kerana ingin menambahkan AMAL kepada Allah. Ya, BERIBADAH!

Jadi apa bekalan ke arah itu? mencari calon yang sesuai? yang soleh? seperti yang selalu diangan-angankan?
Adakah cukup dengan usaha itu. Jika mahu yang si soleh jadilah si solehah, Begitu jugak kaum adam. Jika kamu mahu si solehah, jadi lah soleh untuknya jugak.



Buang angan-angan, buang mimpi-mimpi yang menyatakan perkahwinan adalah sesuatu yang hanya untuk keseronokan, tapi tanamkan di dada untuk mengimpikan rumah tangga seperti rumah tangga Rasulullah S.A.W.
Tetapi apakah yang perlu ada untuk menjadi mendapat rumah tangga seperti itu? ya, ILMU. Dan ilmu yang paling bermanfaat apabila ilmu itu mendekatkan kita dengan Al Khaliq. Pencipta kita.
In shaa Allah.

Dan juga pesan kepada diri sendiri, Jangan lembikkan diri dengan asyik memikirkan perkara kahwin sehingga lupa tentang banyak lagi "tugas" sebagai Khalifah Allah. Setiap kita adalah khalifah Allah. Jum sibukkan juga diri untuk mencari ilmu.

Dan..

Berubahlah kerana Allah..

Semoga bertemu dengan seseorang yang kita impikan selama ini. Jika bukan di dunia, di akhirat nanti masih ada. Kerana Janji Allah itu pasti. :)


Amin.

Thursday, September 13, 2012

Doa untuk seorang lelaki yang menjadi bahagian hidupku. :'(

Doa untuk abah...
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi bahagian hidupku
Seorang lelaki yang telah mengajarkanku bagaimana mencintaiMu
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuku, mak, abang2, adik2 dan untukMu
Seorang lelaki yang selalu menasehatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku
Seorang lelaki yang mememerlukan senyumku untuk mengatasi sedihnya
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang selalu mengingatkanku akan mimpi besarku
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu
Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk mengharungi dugaanMu, agar ia mampu bangkit tiap kali badai menerpa
Berikanlah ia kehidupan yang mulia, sehingga ia dapat memuliakanMu
Berikanlah ia hati yang senantiasa ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu
Berikanlah ia dada yang lapang, sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dari Mu
Berikanlah ia umur yang berkat, sehinga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu
“Allah  tidak  membebani  seseorang  melainkan  sesuai  dengan  kesanggupannya.  Ia mendapat  pahala  (dari  kebajikan)  yang  diusahakannya  dan  ia  mendapat  siksa  (dari kejahatan)  yang  dikerjakannya.  (Mereka  berdoa)  :”Ya  Tuhan  kami,  janganlah  Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau berikan kepada orang- orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampuni kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.”(QS. Al-baqarah : 286)
“Apabila  seorang  anak  Adam  meninggal  dunia,  maka  amalnnya  terputus,  kecuali  3 macam,  yaitu  : harta  yang  diwakafkan,  ilmu  yang bermanfaat, atau anak  shaleh  yang mendoakan dirinya” (HR Muslim)
Ya Allah. Jadikanlah aku anak yang soleh, sehingga aku dapat menjadi pembuka gerbang surga untuknya. Ya Allah. Lindungilah orang yang kucintai dan mencintaiku dengan cintaMu.
Amiiinn….

Sunday, September 2, 2012

Semoga Allah "pulangkan" abah dengan selamat.

Assalamualaikum.

Allahuakbar! Itu ja satu perkataan yang menggambarkan perasaan ku sekarang.Allah benar-benar menguji kali ini.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, sedangkan kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."[QS al-Imran, 3:139]


Ini sahaja ayat yang selalu diingati apabila hati rasa sangat sayu. Abah, seorang yang sangat aku kagumi, Idola aku sebab abah ialah seorang manusia yang tidak pernah bersangka buruk dengan orang. Ya, langsung tak pernah. Semua orang bagi beliau baik. Mungkin itu satu kesilapan. Dan kerana kesilapan itulah Allah telah mengambil "roh" abah. Ya Allah, aku mohon kekuatan Ya Allah agar aku dan keluarga dapat bersabar sehingga sampai satu masa yang ditakdirkan abah sembuh.

Terus aku teringat perjanjian Iblis laknatullah dengan Allah s.w.t antara objektif syaitan keatas manusia ialah menyesatkan, mengkafirkan,memusyrikkan dan akhirnya menjadikan manusia penghuni neraka. Betul, dan itulah yang terjadi sekarang.

Dan sekarang aku dan mak akan lebih banyak masa diluangkan untuk berdoa, membaca yassin, bertahajud bersama, solat hajat bersama, menangis bersama.

"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya" 
(Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)




Ya, Mungkin Allah merindui rintihan kami. Biarlah semua orang sibuk menceritakan tentang kisah "pak imam" yang tak sihat ini sebab kata-kata mereka langsung tidak memberi impak kepada kami untuk berhenti berdoa. Mungkin ini adalah masa untuk kami sekeluarga muhasabah kenangkan dosa-dosa @ kesilapan kami yang lalu. Dan cerita ini bukanlah untuk menagih simpati tetapi adalah untuk menagih doa dari semua yang membaca. Doakanlah sebab aku sangat merindui abah. Semoga cita-cita abah untuk syahid di jalan Allah itu kesampaian. Allahurabbi. Semoga Allah mendengar doa-doa kita dan menjadi pengajaran buat kita untuk lebih menghargai orang-orang yang telah bersusah payah membesarkan kita selagi mereka ada. Wallau'alam.

Tuesday, July 31, 2012

4 wanita hebat yang dijanjikan syurga Allah.

Assalamualaikum.

Nak cerita sedikit cerita tentang 4 wanita yang dijanjikan Syurga seperti yang dalam sabda Rasulullah. Mereka ialah :


~ Khadijah binti Khwalid~

seorang wanita yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang terhormat dan mendapat didikan
akhlak yang mulia serta mempunyai sifat yang tegas. khadijah merupakan
orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa oleh
Nabi Muhammad saw tanpa banyak berdebat, bahkan khadijah tetap
membenarkan, menghibur dan membela Rasulullah saw.

Disaat semua orang mendusta dan memulaukan baginda,
Khadijah telah mengorbankan seluruh hidupnya, jiwa dan hartanya
untuk kepentingan dakwah pada jalan ALLAH.

Khadijah mendampingi Nabi Muhammad saw selama 26 tahun dan
merupakan isteri tunggal, tidak ada duanya, bercerai kerana
kematian. Sehingga pada tahun wafatnya khadijah disebut sebagai
"tahun Kesedihan".

Khadijah adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah
ketika wahyu pertama turun dari langit yang dibawa oleh Jibril.
Khadijah membela suaminya dengan harta dan dirinya demi menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburkan
dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kamumnya yang
masih engkar terhadap kebenaran agama Islam.

~ Fatimah Binti Muhammad ( Fatimah Az_Zahra)~

merupakan puteri Rasulullah yang sempurna sifatnya
dan kukuh agamanya. Isteri kepada ahli syurga iaitu Ali Bin Abi Talib.
Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya iman bersama
ayah dan suaminya tercinta.

Dia korbankan segala apa yang dimilikinya demi membantu menegakkan agama suami. Fatimah adalah wanita yang penyabar, taat
beragama, baik perangainya, cepat berasa puas dan selalu
bersyukur pada apa yang di miliknya. 

~ Maryam binti Imran~

Merupakan lambang wanita yang menjaga kehormatnan dirinya
dan taat beribadah kepada Rabbnya. Beliau rela mengorbankan
masa remajanya untuk bermunajat mendekatkan diri kepada ALLAH,
sehingga ALLAH memberinya hadiah istimewa seorang Nabi dari
rahimnya tanpa bapa.

Maryam Puteri Imran yang memelihara kehormatnannya sehingga
ALLAH tiupkan sebahagian dari roh ciptaannya dan dia membenarkan
kalimah kalimah tuhannya dan kitab-kitabnya dan dia adalah termasuk
orang-orang yang taat. 

~ Asiyah binti Muzahim~

Adalah isteri dari seorang penguasa yang zalim bernama Firaun.

Akibat dari keimanan Aisyah kepada kerasulan Nabi Musa as, maka
dia lebih rela menerima seksaan pedih dari suaminya.

Betapa besar pun kecintaan dan kepatuhannya pada suami,
ternyata dihatinya masih tersedia tempat tinggi yang dia isi dengan
cinta sepenuh pada ALLAH dan rasulnya.

Syurga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan
yang dia rasakan didunia akibat meninggalkan kemewahan hidup,
budaya dan tradisi leluhur yang menyimpang dari syariat ALLAH,
di telan begitu sahaja demi kesenangan abadi.

Akhirnya Aisyah meninggal dunia dalam keadaan tersenyum
meskipun dalam seksaan pengikut Firaun.

Semoga dapat menjadi sehebat mereka. InsyaAllah.

Thursday, March 15, 2012

Senyum.


Assalamualaikum.

Semua dari kiri cepaaaaaaat senyum! :)

Selalulah cuba untuk jadi gembira walaupun hati sedih. Ya, betul itu memang susah, tapi bila kita gembira, bukankah orang sekeliling juga akan turut gembira? Percaya lah setiap orang diberi dugaan masing2.Bukankah Allah maha adil? Jadi senyumlah.

Buat apa kita menghabiskan air mata

dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?

Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya

kepada tuhan yang maha Mulia

Kerana jika hati sudah menjadi tenang

maka jalan keluar pasti akan terbuka..



"Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...